Manusia bergerak dengan lapisan kulit dan lemak. Perubahan lekuk permukaan kulit adalah mengikut kedudukan anatomi otot.
Feralfovea
Latisan LoveVille
Saturday, July 24, 2021
Anatomi - Tulang
Asas pembentukan badan adalah dari tulang rangka (skeleton).
Beza tulang lelaki dan wanita:
Tulang lelaki lebih besar dan tebal.
Tulang rusuk lelaki membuka dari atas ke bawah lebih luas.
Jarak antara hujung tulang rusuk (ribs) dengan tulang pinggul (pelvis/hips) lelaki lebih jauh.
Tulang pinggul lelaki lebih panjang dari atas kebawah dan tidak lebar (sempit) serta tulang pinggul tidak terkena pada tulang paha (femur)
.. dan sebaliknya bagi wanita.
Sudut dan bentuk tulang adalah pecahan asas untuk membina rangka badan. Contohnya sudut tulang paha yang menghala ke dalam dari tulang pinggul kelutut, kedudukan tulang selangka yang bercantum dengan tulang dada, tulang kering yang lurus, hujung tulang kering yang besar membentuk buku lali.
Turutan tulang dari atas:
Tengkorak (Skull) - Tulang dahi, pipi, pelipis, rahang
Tulang tengah dada (Sternum/Breastbone)
Tulang belikat bahu (Scapula/Shoulder blade)
Tulang selangka (Clavicle)
Tulang rusuk (Ribs)
Tulang pinggul (Pelvis) - Tulang kelangkang, duduk, atas melengkung (iliac crest)
Titik tulang pinggul (Great trochanter)
Tulang lengan atas (Upper arm/Humerus)
Tulang lengan depan ( Forearm) - Tulang hasta (Ulna), pengumpil (Radius)
Tulang paha (Femur/Thighbone)
Tulang tempurung lutut (Kneecap)
Tulang kering (Tibia/Shinbone)
Tulang betis (Fibula)
*1 hasta (hujung siku sampai hujung hari hantu) = 0.5 ela = 45cm
Kosakata
Cadavers - Mayat
Masking - Lapisan
Contours - Gambar rajah garisan
Undelying - Menjadi dasar
Framework - Kerangka
Inward - Ke dalam
Thursday, July 22, 2021
Emosi dan Aksi
Emosi
Sadness - Kesedihan
Triumph - Kemenangan
Defeat - Kekalahan
Urgency - Kecepatan
Brooding - Merenung
Anguish - Penderitaan
Anger - Kemarahan
Aksi
Running (Berlari) - kesemua bahagian badan bergerak, lenturan otot utama adalah tertumpu pada bahagian yang menyerap hentakan iaitu paha (thighs) dan betis (calves)
Pulling (Menarik) - otot utama adalah perut, paha depan, bahu dan otot atas lengan (biceps)
Leaping (Melompat) - paha, betis, bahu dan belakang bahu (latissimus dorsi(lats))
Carrying (Membawa) - otot tulang belakang (trapezius), bahu, lengan,, dada
Pushing (Menolak) - dada, otot bawah lengan (triceps), lats, kaki, lengan depan (forearms)
Lifting (Mengangkat) - paha, bahu, tapezius, lats, triceps, forearms, tepi perut (external oblique)
Scaling (Memanjat) - biceps, forearms, dada
Firing (Menembak) - triceps, forearms, bahu, dada
Suspended (Bergantung) - triceps, forearms, bahu, dada
Punching (Menumbuk) - triceps, bahu
Kicking (Menendang) - paha
Hauling (Mengangkut) - trapezius, triceps, biceps, forearms
[Kemaskini Jul 2021]
Monday, July 19, 2021
Renungan
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Friday, July 16, 2021
Membina Keyakinan
Percaya apa yang anda buat adalah betul dengan ilmu.
Jangan buat keputusan berdasarkan apa yang orang lain kata tentang anda.
Memahami kesilapan.
Kesilapan berlaku untuk ditangani dan mematangkan (belajar dari kesilapan)
Jangan terlalu selesa
Masuk kedalam zon yang tidak selesa untuk belajar lagi.
Cara menaik taraf kemahiran:
Bandingkan dengan yang lain
Set apa yang hendak dicapai dan usaha untuk capai
Set gol yang kecil dahulu agar tercapai juga dapat mengelakkan rasa negatif sekiranya tidak berjaya. dicapai.
"Stay hungry, stay foolish"
"Find what your love and don't settle until you find"
"Live change agent is death. Make something today like you will die tomorrow"
- Steve Jobs -
Sumber:http://driventodraw.com
Wednesday, July 14, 2021
Serlah dan Adun
Memberi penyerlahan pada objek agar nampak 3 dimensi ( rendering) dengan menggunakan pencahayaan dan meletakkan kecerahan seta kegelapan pada sisi atau lekuk objek mengukut kadar keberadaan cahaya. Menjadikan pertemuan cahaya gelap dan terang di adun menjadi lembut agar tidak nampak garisan yang memisahkan (blending).
Daftar Alatan dan Perisian
Alatan
Pensel PrismaColor - Tona cerah dan gelap menimbulkan titik tumpuan.
Marker Sharpie
Felt tip pen
Pentel brush pen
Ball pen
Chisel marker
Vellum paper
Perisian
Set Adobe
Krita - Alternatif PS
Gimp - Alternatif PS
Alchemy - Perisian lukis yang tiada butang pengunduran - lukisan yang tersilap dijadikan sebagai kreativiti.
Open Toon
ToonBoom
ArtFlow
MediBang
Corel Painter
[Kemaskini Jul 2021]
Komposisi
Komposisi ialah susunan elemen visual seperti garisan, bentuk-bentuk 2d seperti bulatan (shape), warna, tingkatan kecerahan dan kegelapan (value), tekstur, ruang dan bentuk-bentuk 3d (form).
Susunan di buat mengikut prinsip komposisi iaitu:
- Seimbang (balance) seperti kedudukan objek utama ditengah,
- Dapat dibezakan (contrast) seperti penggunaan warna terang dan gelap
- Terhubung antara satu sama lain ( unity)
- Rasa pergerakan (movement) seperti penggunaan garisan
- Irama (rhythm) seperti penggunaan bentuk-bentuk atau warna yang berbeza
- Tempat tumpuan ( focus point) seperti objek utama iaitu kereta
- Corak (pattern) seperti garisan berulang yang bertindan
- Perkadaran (proportion) iaitu nisbah, skala atau pecahan yang digunakan untuk sukatan jarak atau saiz objek dalam lukisan seperti kadar jarak tayar kereta antara hadapan dan belakang adalah perkadaran dua setengah saiz tayar secara realistiknya.

Contoh perkadaran
NK: Sample of good car drawing - Proportion, Stance, Graphic Impact, Unity, Simplicity
Sumber:
https://drawabox.com
Saturday, July 10, 2021
Perspektif
Perspektif garis lurus
Perspektif titik tunggal
- Satu titik menghilang terletak pada kedudukan tengah horizon ( Garis melintang yang memisahkan langit dan bumi)
- Sesuai diguna ketika melukis gambar dengan fokus tengah, gambar tempat yang tegak lurus, gambar depan dekat atau gambar yang menjurus kepada sudut pandangan titik tengah. Cthnya gambar landasan keretapi.
Perspektif 2 titik
- Dua titik menghilang pada kedudukan horizon.
- Gambar tempat yang dengan dua sisi tegak lurus atau bukan tempat yang tegak lurus. Cthnya tempat di selekoh jalan.
- 3 titik menghilang, 2 pada kedudukan horizon dan 1 pada kedudukan atas atau bawah horizon.
- Dua jenis sudut pandangan iaitu mata burung (pandangan dari atas) dan mata cacing (pandangan dari bawah)
- Mewujudkan sudut pandangan dinamik.
- Lebih dari 2 titik menghilang dalam kedudukan horizon.
- Objek terletak pada grid yang berbeza.
- Lakaran jalan yang berkeluk (lengkung).
- Objek dengan sudut yang berbeza (non-orthagonal shape).
- Mengubah objek asal sudut yang sama kepada sudut yang pelbagai.
Terdapat 3 jenis perspektif melengkung.
- Perspektif melengkung dengan 4 titik menghilang (silinder), 5 titik menghilang (hemisfera) dan 6 titik menghilang (sfera).
- Menghasilkan sudut pandangan seperti mata ikan. sesuai untuk komik dengan sudut pandangan yang luas.
Sunday, November 22, 2020
Sejarah Animasi Dunia
Lukisan babi lapan kaki di dinding Gua Altamera.
Mangkuk tembikar berukir kambing melompat Shahr-e Sukhteh, Iran, 3000BC1500 A.D.
Thursday, November 19, 2020
Daftar Animasi Malaysia
A Day In A life of Mr Teddy (Arshad Noor,2010) FFM 23
A Winter's Warmth (Jakalll Studio /Timo Film for Pertonas,2019)
Abang Sidi (Fine Animation,2002)
ABC Monsters (Animasia,2017)
Abu dan Aben (Oscar Hallmark, 2020)
Abu dan Otak (Ano Pica Studios, 2014)
Abus (Cartoon Workshop / Eurofine,2010)
Adam & 2 Saintis Alien (Benchmark Production, 2017)
Adi Genius (Redang Digital, 2014) - Sofi Jikan
Adventures of Cubit (Hiccup, NA) - IPCC 2011
Akil Story(Khalifa Production,2012)
Akis (Inspedia,2012)
Aku Budak Felda (Taugeh Studio,2020)
Alam: Tales of A Wanderer (Young Folks Studio, 2011) - IPCC 2011
Alia & Aleen (Rosdi Osman/ Mesh Studio, 2013)
Alif & Sofia (Blindspot Studios,2020)
Alif (Fine Animation, 2001)
Alif (Gancho Studio,2015)
Alif dalam 7 dimensi - Half CGI (Chain Fx / Wau Animation, 2016)
Alma & Boo (Infinite Motion,2020)
Altitude Alto (Mushroomhead / Gancho Studio,2011)
Alvie and Eddie (Joove Animation, 2014)
Anak Rusa Nani (FNM,2004)
Anak-anak sidek (Destinasi JAS ,1999)
Animated Story Book (Brainy Bones Studio,2019)
Animation World (Aniotek, 2013)
Antanom (North Borneo Media,NA)
Apak (Don Studio, 2013)
Apak (Don Studio,NA)
Apocalypse ( The One Academy, FFM 21,2008)
Aqal & Walid (Zambrood Production,2020)
Aqil Story(Khalifa Production,2020)
Arnab & Kura-Kura (Tulus Fikir,NA)
Arnab Yang Sombong (FNM,Hassan Muthalib, 1986)
Asadi Bola Kampung (Animasia,2012)
Asian Folklores / Fairytale / Cerita Rakyat Asia (Animasia / Serangkai Budi,2013)
Asian Legends (Creative Commons, 2012)
Ask Lara (Animasia, 2011)
Astrolology (Lemon Sky Studio,2018)
Atan dan Nyet (Vision Animation, 2005)
Atuk (Ujang/Animagis,2012) FFM 23
Awang Putra (Adept Media,2014)
Sejarah Animasi Malaysia
Wayang kulit – bentuk filem dan animasi terawal dalam dunia. Dengan bentuk dan sendi tangan yang digerak-gerakkan, ianya merupakan bentuk yang digunakan dalam animasi guntingan (cutout). Lotte Reiniger, animator dari German mendapat ilham untuk membuat filemnya iaitu The Adventures of Prince Achmed (1926) berasaskan wayang kulit.
Animasi bermula dengan penubuhan Malayan Film Unit pada tahun 1946 oleh Mcff Sheperd (kini dikenali sebagai Filem Negara Malaysia)
Animator pertama Malaysia – Goh Meng Huat (Malayan Film Unit, 1947)
Filem animasi pendek pertama – Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978)
Animator filem cereka pertama – Mat Sentol (siri Mat Bond, 1960-an)
Animasi pertama untuk siri komedi TV (RTM) – Keluarga Si Tompel (Ahmad Hassan, 1965)
Treler perayaan animasi pertama – Selamat Hari Natal oleh Filem Negara Malaysia (Hassan Muthalib, 1979)
Studio animasi pertama – FilmArt (Norhan Mat, 1982)
Studio animasi kedua – Lensamation (Sean Sulong, 1985)
Tajuk animasi filem cereka yang terpanjang (5 minit) – Mekanik arahan Hafsham (Hassan Muthalib, 1983)
Watak kartunis pertama dianimasi untuk TV (Sketsa Aidilfitri, RTM) – Epit oleh Lat &Din Teksi oleh Nan, 1987. Animasi oleh Filem Negara
Watak kartunis pertama dianimasi untuk filem – Mat Gelap oleh Imuda (1990)
Filem pertama yang menyelitkan animasi watak Mat Gelap oleh ZHA Productions (Hassan Muthalib, 1990)
Filem pertama gabungkan watak animasi dan gambar hidup – Mat Gelap (1990)