Saturday, July 10, 2021

Perspektif


Perspektif garis lurus

Perspektif titik tunggal 

  • Satu titik menghilang terletak pada kedudukan tengah horizon ( Garis melintang yang memisahkan langit dan bumi)
  • Sesuai diguna ketika melukis gambar dengan fokus tengah, gambar tempat yang tegak lurus, gambar depan dekat atau gambar yang menjurus kepada sudut pandangan titik tengah. Cthnya gambar landasan keretapi.

Perspektif 2 titik

  • Dua titik menghilang pada kedudukan horizon.
  • Gambar tempat yang dengan dua sisi tegak lurus atau bukan tempat yang tegak lurus. Cthnya tempat di selekoh jalan.

Perspektif 3 titik

  • 3 titik menghilang, 2 pada kedudukan horizon dan 1 pada kedudukan atas atau bawah horizon.
  • Dua jenis sudut pandangan iaitu mata burung (pandangan dari atas) dan mata cacing (pandangan dari bawah)
  • Mewujudkan sudut pandangan dinamik.

Perspektif pelbagai (multi)

  • Lebih dari 2 titik menghilang dalam kedudukan horizon.
  • Objek terletak pada grid yang berbeza.
  • Lakaran jalan yang  berkeluk (lengkung).
  • Objek dengan sudut yang berbeza (non-orthagonal shape).
  • Mengubah objek asal sudut yang sama kepada sudut yang pelbagai.
Perspektif garis melengkung
Terdapat 3 jenis perspektif melengkung.
  • Perspektif melengkung dengan 4 titik menghilang (silinder), 5 titik menghilang (hemisfera) dan 6 titik menghilang (sfera).
  • Menghasilkan sudut pandangan seperti mata ikan. sesuai untuk komik dengan sudut pandangan yang luas.

Sumber: https://www.sketchlikeanarchitect.com/

No comments: