Komposisi ialah susunan elemen visual seperti garisan, bentuk-bentuk 2d seperti bulatan (shape), warna, tingkatan kecerahan dan kegelapan (value), tekstur, ruang dan bentuk-bentuk 3d (form).
Susunan di buat mengikut prinsip komposisi iaitu:
- Seimbang (balance) seperti kedudukan objek utama ditengah,
- Dapat dibezakan (contrast) seperti penggunaan warna terang dan gelap
- Terhubung antara satu sama lain ( unity)
- Rasa pergerakan (movement) seperti penggunaan garisan
- Irama (rhythm) seperti penggunaan bentuk-bentuk atau warna yang berbeza
- Tempat tumpuan ( focus point) seperti objek utama iaitu kereta
- Corak (pattern) seperti garisan berulang yang bertindan
- Perkadaran (proportion) iaitu nisbah, skala atau pecahan yang digunakan untuk sukatan jarak atau saiz objek dalam lukisan seperti kadar jarak tayar kereta antara hadapan dan belakang adalah perkadaran dua setengah saiz tayar secara realistiknya.

Contoh perkadaran
NK: Sample of good car drawing - Proportion, Stance, Graphic Impact, Unity, Simplicity
Sumber:
https://drawabox.com
No comments:
Post a Comment