Saturday, November 14, 2020

Asas Animasi Bhgn. 1

Elastik

Jadikan objek regang dan leper bagi menggambarkan kelajuan, daya, berat dan jisim.

Sebiji bola tenis yang dibaling ke atas akan berubah menjadi sedikit regang ketika bergerak laju ke atas dan berubah menjadi semakin normal ketika bergerak perlahan seterusnya berubah kembali menjadi regang ketika menjunam ke bawah dan menjadi leper ketika menghentam lantai. 

Panduan: Perubahan saiz objek yang dilukis perlulah seimbang.

#prinsipasasanimasi 01
#squashandstretch

Jangkaan

Perlu ada aksi jangkaan bagi menggambarkan aksi seterusnya.


Objek berdiri dengan memegang tukul besar menghayunkan tangan dan memecahkan tembok. Audien dapat menjangka bahawa objek yang menghayunkan tangan akan memecahkan sesuatu. Secara tidak langsung menggambarkan juga objek sedang mengumpul tenaga sebelum menghentam.


Panduan: Tambah lebih dari satu jangkaan aksi untuk lebih impak.

#prinsipasasanimasi 02
#anticipation

Pementasan

Kawal mata penonton melalui pementasan aksi, masa, tetapan, sudut dan kedudukan kamera.

Objek sedang berjalan dan terpijak kulit pisang lalu terjatuh, kemudian objek diketawakan. Audien akan melihat objek terjatuh, diketawakan, terpijak kulit pisang dan berjalan sekiranya pementasan tidak mengikut urutan.



Bagaimana audien dapat menggambarkan orang yang kuat makan?

Audien dapat melihat berkotak-kotak pizza. Objek sedang duduk makan pizza. Pizza besar ditangan. Berperut buncit. Susah bergerak untuk mengambil air dan hampir terjatuh.

Panduan:

Kamera jauh untuk pergerakan aksi manakala kamera dekat untuk menunjukkan ekspresi. 

Karakter utama perlu sentiasa berada di tengah. Karekter utama akan berada di tepi sekiranya ada karakter lain.

Aksi karakter perlu diselesaikan sebelum memulakan aksi karakter lain. 

Fokus kamera dekat dalam masa yang mencukupi untuk penonton baca sebanyak 3 kali sekiranya ada tulisan yang memberi keterangan objek.

#prinsipasasanimasi 03
#staging

Metod

Lukis secara berterusan bagi objek dengan gerakan akhir yang tidak dijangka atau bertindih seperti melukis api, letupan atau rambut. 

Lukis mengikut posisi gaya bagi objek dengan gerakan akhir yang sudah dijangka seperti melompat. Cara ini dapat mengelakkan saiz lukisan berubah, gerakan tersalah tempat dan mudah dibaiki jika berlaku kesilapan. 


Melukis secara berterusan adalah cara melukis pada setiap posisi awal hingga akhir. Cth: Melukis gaya objek melompat dari posisi awal hingga akhir.

Melukis mengikut posisi adalah cara melukis gaya pada posisi awal, tengah, akhir dan di antara. Cth: Melukis gaya objek mula melompat, objek melompat di tengah, objek mendarat dari lompatan dan melengkapkan lukisan di antara posisi tadi. 

Panduan:

Melukis gerakan orang melompat yang memiliki rambut panjang boleh menggunakan metod berterusan untuk rambut dan metod posisi untuk badan secara berasingan.

#prinsipasasanimasi 04
#straightaheadandposetopose
_____________
Perbendaharaan kata:
Anticipation - Jangkaan
Thoughful - timbang rasa
Sore - sakit
Squash - Leper
Stretch - Regang
Jitter - gelojoh
Appraising - menilai
Staging - Pementasan
Nature - sifat
Leaning - bersandar
Straight Ahead - Berterusan
Pose to Pose - Posisi ke posisi
Termendous - kuat
Force - kuasa

[Pautan Video: AllanBeckerTutorials - 12 Principle of Animation]
[Buku:The Illusion of Life: Disney Animation - Ollie Johnston and Frank Thomas]

No comments: