Monday, November 16, 2020

Asas Animasi Bhgn. 2

Susulan

Pastikan ada pergerakan susulan dan tindanan bagi objek yang bergerak balas.

Pokok bunga yang ditiup angin akan ada 
gerakan susulan selepas angin berhenti meniup.


Cth lain: Objek yang berambut panjang menggelengkan kepala. Kepala adalah objek utama dan rambut adalah objek kedua. Rambut akan terus bergerak balas selepas kepala berhenti menggeleng. Gerakan rambut adalah gerakan susulan dan tindanan.

Panduan: Asingkan objek yang ada tindanan dan susulan dari objek utama.

#prinsipasasanimasi 05
#followthroughandoverlaping

Perlahan

Buat pergerakan awal dan akhir secara perlahan agar nampak lancar.

Pergerakan kepala berpaling bermula dari kiri secara perlahan dan akhir di kanan secara perlahan. Cth lain: Sebuah kereta akan mula bergerak secara perlahan dan akan berhenti secara perlahan.

Panduan: Gunakan graf keluar masuk untuk memperlahankan animasi mula dan akhir.

#prinsipanimasi 06
#slowinslowout

Pola

Buat lakaran kontur pergerakan yang realistik bagi objek.

Bentuk balingan objek bola normal adalah melengkung dan bukannya segitiga. Garisan pola pergerakan melengkung menunjukkan keadaan realistik objek tersebut. 


#prinsipasasanimasi 07
#arcs

Aksi Kedua

Tambah aksi kedua selepas atau sebelum aksi utama untuk menambah ekspresi karakter.


Dalam babak objek sedang makan burger. Aksi utama adalah makan burger. Penambahan aksi kedua seperti menjilat lidah sebelum makan burger menggambarkan ekspresi burger itu sedap dan aksi kedua seperti merendahkan kening selepas makan burger menunjukkan rasa puas hati burger itu memang sedap.

#prinsipasasanimasi 08
#secondaryaction
_____________
Perbendaharaan kata:
Slow In - Masuk perlahan
Slow out - Keluar pelahan
Twitch - berkedut
Dodging - mengelak
Follow Through - susulan
Overlaping - tindanan
Snapping - terpusing
Rolling pin - penggelek tepung
Arcs - Pola
Exaggeration - berlebihan
Recede - surut/jadi tak nampak
Secondary Action - Aksi kedua
Intimidating - menakutkan
Petit - murah hati/mesra

[Pautan Video: AllanBeckerTutorials - 12 Principle of Animation]
[Buku:The Illusion of Life: Disney Animation - Ollie Johnston and Frank Thomas]

No comments: