Thursday, November 19, 2020

Elemen dan Prinsip Asas Seni

Elemen dan prinsip seni / visual adalah blok atau asas-asas di mana subjek seni dibuat. 

Elemen

Garisan - garis adalah laluan titik yang bergerak. Ia menentukan sisi dan bentuk binaan.

Bentuk - 2-d - adalah rata apabila garis bersambung dengan dirinya sendiri. 

Binaan - 3-d - mempunyai tinggi, lebar, dan kedalaman. Binaan tersembunyi dibuat dengan bayangan dan pembuatan model. Binaan sebenar adalah bentuk yang nampak secara realiti dan dapat dilihat dari semua sisi.

Warna - warna objek apabila cahaya dipantulkan. Warna utama: merah, kuning dan biru. Warna sekunder: oren, hijau dan ungu. Warna hangat: oren, kuning dan merah, Warna sejuk: biru, hijau dan ungu.

Tekstur - sesuatu yang dapat dirasakan atau sesuatu yang dilihat dapat dirasakan. Tekstur dicipta menggunakan corak (paten). 

Ruang - kawasan di sekitar subjek seni yang ditunjukkan dengan ukuran, pertindihan, dan perkadaran.  

Nilai - warna terang dan gelap dalam subjek seni. 

Prinsip 

Corak - boleh dibuat dengan pengulangan garis, bentuk, dan warna. 

Kontras - perbandingan dalam subjek seni. Cahaya dan gelap, kasar dan halus, Garisan melengkung dan lurus.  

Imbangan - adalah pengagihan berat visual objek dalam subjek seni. Warna, saiz dan tekstur.  Imbangan simetri, tak simetri dan radial (berjejari).

Penekanan - idea dan fokus utama. Perkara yang dilihat oleh mata terlebih dahulu. 

Kesepaduan - elemen yang serupa secara keseluruhan. Sebuah subjek seni yang menggabungkan beberapa bahagian menjadi satu bahagian 

Perkadaran / skala - ukuran sesuatu berbanding dengan sesuatu yang lain.

Irama / pergerakan - elemen visual dalam subjek seni yang mewujudkan rasa untuk bertindak atau gerakan tersirat.
_____________
Perbendaharaan kata:
Hue - warna
Shape - bentuk
Form - binaan
Implied - tersembunyi
Symmetry - sekata
Asymmetry - tak sekata
Radial - berjejari
Emphasis - penekanan
Throughout - sepanjang
Element - unsur

No comments: